MEI 2022

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg Bersama Ahli Rombongan Beliau Di Rotterdam


Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Zohari Tun Openg bersama ahli rombongan beliau di Rotterdam sempena Sidang Kemuncak & Ekspo Hidrogen Sedunia 2022 pada Isnin telah mengadakan lawatan singkat ke gerai pameran Shell untuk meninjau teknologi hidrogen terkini yang dibangunkan oleh syarikat tersebut.

Kemudian beliau menghadiri taklimat oleh pihak Shell di tempat sama sebelum meneruskan lawatan ke Pejabat Shell di The Hague.

Di Pejabat berkenaan beliau diberi taklimat mengenai keseluruhan operasi Shell di Sarawak dan prospek-prospek pembangunan dan kerjasama seterusnya. 

Pada Selasa Datuk Patinggi Abang Haji Zohari dan rombongan mengadakan lawatan ke Pelabuhan Rotterdam untuk meninjau pembangunan dan operasi pelabuhan yang kelima terbesar di dunia ini. 

Petang Selasa beliau akan mengadakan lawatan ke Pusat Teknologi Shell di Armsterdam.

Pada sebelah malam rombongan Premier menghadiri jamuan makan malam yang dihoskan Duta Malaysia ke The Netherlands, Dato’ Nadzirah Osman di Rumah Malaysia di The Hague.

Sumber dari : Sarawakku